Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Bagi meneruskan kesinambungan siri Jom Heboh, Media Prima Omnia melancarkan Jom Ronda untuk menyebarkan dan berkongsi keceriaan dengan komuniti perumahan di sekitar Lembah Klang melalui pelbagai aktiviti menarik.

Pengurus Besar Media Prima Omnia, Eileen Lim berkata, aktiviti pemberian beg Jom Ronda yang mengandungi pelbagai produk daripada jenama terkemuka bermula hari ini (1 November).

Katanya, sebagai permulaan pihaknya menyasar 4,000 isi rumah di sekitar Lembah Klang akan menerima beg Jom Ronda.

EILEEN Lim. FOTO Rohanis Shukri
EILEEN Lim. FOTO Rohanis Shukri

"Sebelum ini kita ada Jom Heboh Di Rumah dan hari ini, kami melancarkan Jom Ronda sebagai salah satu inisiatif membawa keriangan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan membawakan terus beg Jom Ronda percuma ke rumah mereka.

"Sesiapa yang mahu menjadi rumah bertuah untuk kru Jom Ronda hadir, mereka hanya perlu melayari Facebook atau Instagram JomHeboh Official bagi maklumat lanjut.

"Rumah yang terpilih nanti akan menerima beg Jom Ronda tanpa mereka perlu membuat sebarang pembelian atau mengikuti peraduan.

"Untuk pelancaran sepanjang November ini sebanyak 4,000 beg Jom Ronda akan diagihkan di sekitar Lembah Klang terlebih dahulu," katanya kepada media selepas pelancaran Jom Ronda di sini, hari ini.

ANTARA petugas Media Prima OMNIA (JOM RONDA) pada majlis pelancaran. FOTO Rohanis Shukri
ANTARA petugas Media Prima OMNIA (JOM RONDA) pada majlis pelancaran. FOTO Rohanis Shukri

Eileen berkata, selepas Lembah Klang pihaknya merancang pergi ke seluruh Malaysia secara berperingkat.

Menurutnya, setiap bulan pihaknya menyasar rumah berlainan di setiap negeri.

"Saya pasti masyarakat akan gembira menerima beg Jom Ronda ini kerana kita menyediakan pelbagai produk menarik daripada jenama popular kegemaran keluarga Malaysia," katanya.

Antara jenama yang mengambil bahagian adalah Scott Gummies, Dutch Lady, Febreze dan pelbagai lagi.

Hari ini kru Jom Ronda akan melawat beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bermula di Kampung Tunku, SS 1, Kampung Tunku, SS 3 Saujana Utama 3 dan Sungai Buloh.

NAIB Presiden Febreze (Malaysia) Leroy Seow melancarkan Media Prima OMNIA (JOM RONDA). FOTO Rohanis Shukri
NAIB Presiden Febreze (Malaysia) Leroy Seow melancarkan Media Prima OMNIA (JOM RONDA). FOTO Rohanis Shukri

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 1:33 PM