Razman (tengah) melakukan lawatan kerja di Apartment Tropikana yang masih di kenakan PKPD. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
Razman (tengah) melakukan lawatan kerja di Apartment Tropikana yang masih di kenakan PKPD. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan air bagi sektor pertanian mencukupi walaupun berdepan dengan musim kemarau berterusan sehingga September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria berkata, di daerah Kerian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang memantau bekalan air di empangan Bukit Merah.

Menurutnya, pihaknya yakin catuan terancang maka bekalan air untuk kegunaan domestik dan pertanian mencukupi biarpun berlaku sedikit penyusutan,

"Bekalan air di empangan (Bukit Merah) ini sememangnya berkait rapat dengan pertanian dan juga kegunaan harian penduduk daerah Kerian.

"Biarpun terdapat penyusutan disebabkan kemarau, namun kita yakin dengan kaedah catuan yang dibuat maka ianya mampu menampung kegunaan pesawah dan penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Apartmen Tropicana Bukit Merah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri dan Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat.

Sementara itu, ditanya mengenai kenaikan harga input pertanian Razman berkata, Kementerian Perdagangan Dala,m Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu membuat siasatan.

"Harga racun yang dikatakan meningkat antara 40 hingga 80 peratus itu memberi impak besar kepada pesawah di musim pandemik Covid-19 ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 3:21 PM