Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Bekas pengurus besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta dibebaskan dengan jaminan, hari ini.

Lelaki berusia 60 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM10,000.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rusli Ahmad mengeluarkan perintah itu selepas lelaki itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Lelaki berkenaan kemudian membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.

Seorang bekas pengurus besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berusia 60 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Media sebelum ini melaporkan, tiga individu termasuk seorang bekas pengurus besar dan seorang pegawai AKSB direman tiga hari bermula Jumaat lalu selepas dipercayai terbabit dalam kes rasuah projek lebih RM27 juta.

Bekas pengurus besar itu bersama pegawai AKSB berusia 39 tahun dan seorang pengarah projek sebuah syarikat berusia 42 tahun ditahan secara berasingan di pejabat SPRM, Khamis lalu.

Pegawai AKSB dan pengarah projek itu dibebaskan dengan jaminan SPRM, Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 2:14 PM