KUMPULAN pertama petugas perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Lapangan Terbang Tawau. FOTO Ihsan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia
KUMPULAN pertama petugas perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Lapangan Terbang Tawau. FOTO Ihsan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia
Abdul Rahemang Taiming

Tawau: Kumpulan pertama petugas perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau, pada 1.30 tengah hari ini yang akan ditugaskan di hospital sementara, Hospital Medan di sini.

Ketibaan pasukan perubatan itu membabitkan empat pegawai dan 32 anggota dari Batalion Pertama Perubatan yang berpangkalan di Kuching dan Kota Kinabalu bersama elemen sokongan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400.

Komander Hospital Medan ATM di Tawau Kolonel Dr Shamsul Bahary Muhamad berkata, kehadiran petugas kesihatan Kor Kesihatan Diraja (KKD) itu didatangkan ke Hospital Medan bagi membantu pasukan perbuatan di Hospital Tawau menangani pandemik Covid-19.

"Pasukan ini adalah petugas perubatan pertama ATM yang hadir ke Tawau bagi penugasan fasa pertama Hospital Medan bertempat di Kompleks Sukan Tawau yang dijadualkan beroperasi pada 20 Oktober ini.

"Menerusi kemudahan Hospital Medan ATM ini, ia mampu menyokong Hospital Tawau bagi merawat kes bukan Covid-19 dan mempunyai kapasiti wad pesakit dalam berbagai disiplin," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

KEHADIRAN petugas kesihatan Kor Kesihatan Diraja (KKD) itu didatangkan ke Hospital Medan bagi membantu pasukan perbuatan di Hospital Tawau menangani pandemik Covid-19. FOTO Ihsan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia
KEHADIRAN petugas kesihatan Kor Kesihatan Diraja (KKD) itu didatangkan ke Hospital Medan bagi membantu pasukan perbuatan di Hospital Tawau menangani pandemik Covid-19. FOTO Ihsan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia

Beliau berkata, keupayaan hospital itu juga boleh dipertingkatkan pada bila-bila masa pada fasa seterusnya termasuk menempatkan dewan bedah dan High Dependency Unit.

"Saya mewakili Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT), merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan tertinggi ATM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Hospital Tawau, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Tidak dilupakan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, pihak berkuasa tempatan serta agensi lain yang terbabit dalam menyokong perlaksanaan pengoperasian Hospital Medan ATM ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 7:45 PM