PANTAI Pasir Berdengung, Langkawi lokasi kejadian warga Thailand dilaporkan hilang ketika cari siput. FOTO ihsan POLIS
PANTAI Pasir Berdengung, Langkawi lokasi kejadian warga Thailand dilaporkan hilang ketika cari siput. FOTO ihsan POLIS
Hamzah Osman


Langkawi: Lelaki warga Thailand dikhuatiri hilang ketika mencari siput di pantai Pasir Berdengung, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian menimpa lelaki berusia 52 tahun itu pada 10 pagi.

"Balai Polis Kuala Teriang menerima maklumat daripada orang awam menyatakan lelaki warga Thailand hilang ketika cari siput," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terhadap mangsa sedang dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 6:28 PM