LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Hamzah Osman


Langkawi: Lelaki warga Thailand yang hilang ketika mencari siput di pantai Pasir Berdengung, di sini, semalam, ditemui lemas, hari ini.

Mayat Chamlong Onthari, 54, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai mula turun ke laut pada 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mayat mangsa ditemui terapung oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam keadaan lengkap berpakaian.

"Tiada kesan kecederaan fizikal dan terdapat satu jaring tempat letak siput masih berada pada tubuh mangsa.

"Mayat dicam oleh majikan mangsa dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, di sini, untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, mangsa dilaporkan hilang oleh penyelia tempat kerjanya pada 3.05 petang semalam selepas keluar mencari siput pada 9 pagi hari sama.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

Portal Harian Metro semalam melaporkan mangsa dikhuatiri hilang ketika keluar mencari siput di pantai berkenaan.

Berita berkaitan

  • Lelaki hilang ketika cari siput
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 3:38 PM