Gambar fail, pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). FOTO Arkib NSTP.
Gambar fail, pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). FOTO Arkib NSTP.
BERNAMA

Kuching: Sarawak melarang kemasukan pengembara dan individu dari negara India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan ke negeri ini berkuat kuasa hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan keputusan itu dibuat bagi mencegah jangkitan Variant of Concern (VOC) Covid-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Sekatan itu juga buat mereka yang pernah berada di India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dalam tempoh 30 hari yang lepas," menurut JPBN dalam kenyataan hari ini.

Sarawak hari ini merekodkan 640 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 43,966 dengan dua kematian baharu, sekali gus menjadikan jumlah mereka yang terkorban seramai 263 orang.

Selain itu, JPBN mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti melibatkan Rumah Merom (Julau) dari 21 Mei hingga 6 Jun; Kem Gelasah (Subis) dari 22 Mei hingga 4 Jun; Rumah Siba (Selangau) dari 23 Mei hingga 5 Jun dan Rumah Nyalu anak Wilson (Mukah) juga dari 23 Mei hingga 5 Jun.

PKPD turut dilaksanakan di Rumah Jali (Kanowit) dari 23 Mei hingga 5 Jun; Rumah Sylvester (Sarikei) dari 24 Mei hingga 9 Jun dan Rumah Lang (Selangau) dari 26 Mei hingga 8 Jun.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 8:33 PM