WANITA Palestin memeriksa kerosakan apartment di Gaza selepas serangan udara Israel. FOTO AFP
WANITA Palestin memeriksa kerosakan apartment di Gaza selepas serangan udara Israel. FOTO AFP
AMBULANS Palestin memindahkah keluarga susulan serangan udara Israel terhadap Gaza pada 12 Mei 2021. FOTO EPA
AMBULANS Palestin memindahkah keluarga susulan serangan udara Israel terhadap Gaza pada 12 Mei 2021. FOTO EPA
LELAKI Palestin bersama kanak-kanak perempuan yang cedera meninggu mendapat rawatan di hospital al-Shifa selepas serangan Israel di Gaza, semalam. FOTO AFP
LELAKI Palestin bersama kanak-kanak perempuan yang cedera meninggu mendapat rawatan di hospital al-Shifa selepas serangan Israel di Gaza, semalam. FOTO AFP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Bantuan kewangan diperlukan Jabatan Awqaf Masjidil Aqsa untuk membaik pulih kawasan yang terjejas akibat serangan Zionis termasuk Masjid Qibli.

Pengarah I-Reach Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Johan Ariff Ismail berkata, perkara itu dimaklumkan rakan badan bukan kerajaan di Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak beberapa hari lalu.

Katanya, keperluan kritikal ketika ini meliputi kemudahan perubatan seperti ambulans, kerusi roda dan pengusung bagi memudahkan rawatan mereka yang cedera.

"Saya dihubungi rakan di Gaza memaklumkan keadaan terkini dari semasa ke semasa.

"Setakat ini anggaran keperluan adalah sebanyak AS$30,000 hingga AS$50,000 (kira-kira RM124,000 hingga RM207,000).

"Kerja-kerja pembaikan ini juga meliputi penyelenggaraan pokok zaitun yang dibakar serta baik pulih kawasan terjejas," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, sumbangan boleh dibuat menerusi akaun I-Reach 553038585368 (Maybank).

Sementara itu Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Malaysia perlu memanggil satu sidang tergempar mengenai usaha yang perlu dilakukan untuk menunjukkan bantahan dalam isu pembantaian di Gaza.

Katanya, antara usaha lain peranan bersama media untuk memberikan laporan tepat berhubung isu berkenaan.

"Kita juga perlukan peranan pihak berkuasa agama termasuk di negeri-negeri untuk menunjukkan solidariti kepada saudara kita di sana.

"Mapim juga lancarkan Tabung Keselamatan Gaza bersama I-Reach untuk membantu dengan kadar segera" katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 5:15 PM