GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental maut selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus hilang kawalan sebelum sebelum tercampak dan melanggar besi penghadang di Jalan Rejang menghala ke Jalan Genting Klang, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.55 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa, Mohamad Razali Mohd Isa, 61, menunggang motosikal dari arah Jalan Genting Klang menghala ke Desa Rejang.

"Apabila tiba di Jalan 34/29 Sri Rampai, mangsa bergerak secara melawan arus.

"Mangsa cuba mengelak kenderaan di laluan itu sehingga hilang kawalan sebelum tercampak dan terkena besi penghadang sehingga motosikalnya terseret di atas jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, semakan mangsa mempunyai kad OKU dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 5:14 PM