Pelbagai jenis rokok putih dan kretek yang dirampas. FOTO MELVIN JONI
Pelbagai jenis rokok putih dan kretek yang dirampas. FOTO MELVIN JONI
Oleh Melvin Joni


Kuching: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 1,710 karton rokok putih dan keretek diseludup, dianggarkan bernilai lebih RM255,000 dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Kang Cheng Light Industrial Estate, Jalan Kuap Batu 10 di sini.

Komander PGA Sarawak SAC Mancha Ata berkata, serbuan dibuat hasil risikan Ops Libas kira-kira jam 1.15 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan ke atas pintu pagar utama premis yang tidak berkunci menjumpai sebuah van yang dipenuhi rokok seludup.

"Ketua serbuan kemudian mengarahkan untuk memotong mangga pintu pagar bagi pemeriksaan lanjut di dalam premis dan turut menjumpai barang disyaki rokok seludup.

"Setelah menunggu selama dua jam, tiada individu yang datang mengaku sebagai pemilik barang berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mancha berkata, pasukan serbuan turut merampas van terbabit, dan semua rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 8:12 PM