MANCHA (tengah) bersama pegawai PGA Briged Sarawak menunjukkan rokok seludup yang dirampas. FOTO Melvin Joni
MANCHA (tengah) bersama pegawai PGA Briged Sarawak menunjukkan rokok seludup yang dirampas. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni

Kuching: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 9,500 karton rokok putih dan 4,217 karton rokok kretek dalam serbuan di sebuah rumah di Tabuan Laru, di sini, hari ini.

Komander PGA Briged Sarawak Senior Asisten Komisioner Mancha Ata berkata, operasi dilakukan sepasukan anggota Cawangan Risik Ibu Pejabat PGA Briged Sarawak pada 9.30 pagi.

Menurutnya, kesemua rokok seludup dianggarkan bernilai lebih RM2 juta termasuk cukai itu disembunyikan di dalam rumah serta dalam sebuah van yang diletakkan di hadapan kediaman terbabit.

"Seorang lelaki tempatan yang juga penjaga stor di rumah berkenaan ditahan, sebelum suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 7:53 PM