TIGA warga Indonesia ditahan bersama pelbagai seludup rokok bernilai RM37,900.40. FOTO IHSAN PGA
TIGA warga Indonesia ditahan bersama pelbagai seludup rokok bernilai RM37,900.40. FOTO IHSAN PGA
Omar Ahmad


PASUKAN Gerakan Am (PGA) Batalion 5 berjaya menahan tiga lelaki warganegara Indonesia bersama rokok seludup pelbagai jenama di Taman Cendana Pasir Gudang, dalam serbuan pada Sabtu lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, pemeriksaan di dalam premis terbabit menjumpai 144 karton rokok pelbagai jenama dipercayai rokok seludup.

Beliau berkata, tiga lelaki warganegara Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta pasport yang tamat tempoh turut ditahan.

"Suspek berumur antara 28 hingga 29 tahun.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan lebih kurang RM37,900.40," katanya dalam satu kenyataan.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1), Akta Kastam 1967 dan Seksyen 15 (4), Akta Imigresen 1959/63.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 5:05 PM