Muhaamad Hafis Nawawi


Kuaa Lumpur: Kerajaan tidak pernah mengarahkan hotel ditutup ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu terpulang kepada pengusaha sama ada mahu membuka operasi perniagaan atau sebaliknya.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah mengarahkan hotel ditutup, sama ada di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Pemulihan (PKPP) sebaliknya hotel sentiasa boleh beroperasi

MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama.
MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama.

"Bagaimanapun, jika ada hotel tidak beroperasi kerana kerana kekurangan pelanggan, perkara itu terpulang kepada pengusaha.

"Kerajaan tidak pernah mengarahkan hotel menutup operasi mereka. Operasi hotel dibenarkan, malah aktiviti pelancongan sekarang ini di kawasan PKPB dan PKPP sudah dibenarkan beroperasi," katanya pada sidang media MKN, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, operasi pelancongan hanya tidak dibenarkan di kawasan dikenakan PKP namun hotel di kawasan itu boleh membuka operasi dan restoran di dalam hotel dibenarkan menerima pelanggan namun perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 6:44 PM