MAHADI melawat dan meninjau PSG Setiawangsa. FOTO ihsan DBKL
MAHADI melawat dan meninjau PSG Setiawangsa. FOTO ihsan DBKL
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah berpuas hati dengan kemudahan dan suasana yang disediakan kepada gelandang di Pusat Sementara Gelandangan (PSG).

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, Mahadi turun ke lapangan untuk meninjau dan melihat keadaan penempatan gelandangan di PSG Setiawangsa, 9 malam tadi.

"Lawatan dan tinjauan itu adalah untuk memastikan penempatan yang disediakan DBKL berada pada tahap selesa dan memuaskan untuk gelandangan.

"Beliau (Mahadi) pada asasnya berpuas hati dengan kemudahan dan suasana yang disediakan untuk golongan berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Turut hadir pada lawatan dan tinjauan berkenaan adalah Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, Anwar Mohd Zain.

Ketika lawatan itu, beliau turut meluangkan kira-kira 30 minit untuk beramah mesra dengan mereka.

Seramai 199 gelandangan diselamatkan oleh DBKL dengan 41 gelandangan ditempatkan di PSG Setiawangsa dan 149 lagi gelandangan ditempatkan di PSG Sentul.

Sembilan lagi gelandangan dibawa ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor, selepas didapati positif Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 10:51 AM