12 PATI ditahan polis ketika hendak keluar dari negara ini. FOTO IHSAN PDRM
12 PATI ditahan polis ketika hendak keluar dari negara ini. FOTO IHSAN PDRM
Zuliaty Zulkiffli


Bukit Katu Hitam: Cubaan 12 pendatang tanpa izin (Pati) untuk pulang ke negara asal mereka melalui sempadan Malaysia-Thailand di sini secara haram gagal apabila mereka dicekup polis dalam Op Benteng, Ahad lalu.

Kesemua warga Myanmar itu berusia 18 hingga 35 tahun yang terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita itu ditahan 9 pagi oleh anggota dan pegawai Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di kebun getah Felda Bukit Tangga, di sini.

Ketika ditahan, mereka dipercayai sedang berjalan kaki menuju ke kebun getah di kampung berkenaan.

Kumpulan Pati itu dipercayai masuk ke negara ini melalui sindiket dengan menggunakan kereta dan menjadikan kawasan kebun getah berkenaan sebagai tempat persinggahan sementara.

Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai hendak pulang ke negara asal melalui sempadan di sini melalui ejen warga asing yang berpangkalan di Setiawan Perak dengan bayaran RM2,900 seorang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 9:20 AM