Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan (dua, kiri) bertanya khabar pada mangsa banjir Khadijah Mat, 71, (kiri) selepas menyampaikan sumbangan ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Serbaguna Chikus hari ini. FOTO BERNAMA

Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Jumlah mangsa banjir di Perak semakin berkurangan dengan merekodkan 359 mangsa daripada 100 keluarga, setakat 5 petang hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, berkata jumlah menurun berbanding 450 mangsa daripada 132 keluarga pada sebelah pagi.

"Bagi Daerah Hilir Perak, mangsa berkurangan kepada 343 mangsa daripada 95 keluarga yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Chikus dan Dewan MPTI Teluk Intan.

"Jumlah berkurangan selepas satu PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap yang menempatkan 47 mangsa daripada 16 keluarga sebelum ini ditutup pada 2.30 petang hari ini," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bagi daerah Hulu Perak pula, seramai 16 mangsa daripada lima keluarga kekal ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Perah.

Sementara itu, katanya, PPS di Daerah Kampar di Dewan Dato Azman Mahalan yang menempatkan seramai 25 mangsa daripada 11 keluarga sebelum ini turut ditutup pada 2.30 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2021 @ 8:13 PM