Keadaan banjir di Kampung Chikus, Teluk Intan semalam. Foto Sharul Hafiz Zam
Keadaan banjir di Kampung Chikus, Teluk Intan semalam. Foto Sharul Hafiz Zam
Noor Hidayah Tanzizi

Ipoh: Mangsa banjir di Perak menurun kepada seramai 511 mangsa daripada 149 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah pada pagi hari ini.

Jumlah itu menurun berbanding 543 mangsa daripada 159 keluarga pada petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, daerah Hilir Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 475 mangsa daripada 135 keluarga.

Menurutnya, mereka itu ditempatkan di empat PPS di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap, Dewan Serbaguna Chikus, Dewan MPTI Teluk Intan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap.

"Bagi daerah Kampar pula, seramai 32 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Dato' Azman Mahalan, Kuala Dipang dan Dewan Bandaran Gopeng.

"Daerah Muallim pula hanya empat mangsa daripada dua keluarga yang ditempatkan di SK Kuala Slim," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 8:46 AM