Daud melecur 10% di bahagian kepala, belakang badan dan kaki dalam kebakaran rumahnya di
Daud melecur 10% di bahagian kepala, belakang badan dan kaki dalam kebakaran rumahnya di
Oleh Roselan Ab Malek


Lipis: Seorang warga emas antara tiga yang melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Berhama, Merapoh di sini, jam jam 9.45 pagi tadi.

Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Sharulnizam Nasir berkata, rumah itu dihuni lapan individu namun hanya tiga yang melecur.

"Mangsa, Daud Umat yang berusia 74 tahun melecur kira-kira 10 peratus di kepala, belakang badan dan kaki.

"Mohd Fadli Mansor dan Siti Fatimah Daud, masing-masing berusia 44 dan 38 tahun, melecur di tangan," katanya.

"Seorang pegawai dan 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, Gua Musang dan Merapoh dikejarkan ke lokasi.

"Bagaimanapun, kedua-dua rumah itu serta sebuah kereta hangus," katanya.

Menurut beliau, warga emas itu dibawa keluar oleh anak dan menantunya yang turut melecur itu.

Katanya, ketiga-tiga mangsa itu kemudiannya dibawa orang ramai ke Klinik Kesihatan Merapoh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 5:44 PM