KEADAAN Kate yang melecur hampir seluruh badan. FOTO Agensi
KEADAAN Kate yang melecur hampir seluruh badan. FOTO Agensi
Agensi

Texas: Seorang wanita melalui pengalaman yang mengerikan apabila dia melecur hampir seluruh badan akibat cecair pensanitasi tangan.

Kate Wise, memakai cecair pensanitasi tangan sebelum dia memasang lilin tanpa menyedari perbuatannya itu mengundang bahaya.

Sebaik cuba menyalakan lilin itu, api terus menyambar dan menyebabkan keseluruhan muka dan tangan termasuk bahagian kaki serta betis melecur.

Walaupun dalam keadaan terbakar, wanita tiga anak itu sempat menyelamatkan salah seorang anaknya berusia 14 tahun dan orang kurang upaya (OKU) serta anjingnya keluar dari rumah.

Dua lagi anaknya lari ke rumah berdekatan bagi meminta pertolongan.

Kejadian itu menyebabkan rumahnya terbakar dan wanita itu kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi.

Kate dikatakan membeli pensanitasi tangan itu daripada kedai yang boleh dipercayai namun tidak pasti sama ada produk itu selamat atau tidak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2020 @ 11:11 AM