ANAK penyu yang baru menetas sebelum di lepaskan ke laut. FOTO MOHD RAFI MAMAT
ANAK penyu yang baru menetas sebelum di lepaskan ke laut. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Hanya 11,351 telur penyu berjaya dikumpulkan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Cherating di sini, dalam tempoh 10 bulan tahun ini, berbanding 41,420 telur tahun lalu.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, jumlah telur itu dengan pendaratan penyu sebanyak 134 ekor, jauh lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, rekod pendaratan tertinggi dicapai pada Julai membabitkan 47 pendaratan yang menghasilkan 4,123 telur, diikuti Ogos 35 pendaratan dan 2,882 telur; September (25) 1,985 telur dan Oktober (16) 1,447 telur.

Daripada jumlah itu, sebanyak 4,997 telur ditetaskan di pusat penetasan khas sebelum anak penyu dilepaskan ke laut secara berperingkat.

"Jumlah pendaratan penyu setiap tahun di PKPP Cherating tidak menentu disebabkan faktor seperti keadaan laut, ancaman nelayan dan faktor semula jadi.

"Kami berharap aktiviti pelepasan anak penyu yang diadakan setiap tahun di PKPP Cherating dapat menambahkan jumlah pendaratan penyu agar dan karah suatu hari nanti," katanya pada program pelepasan 400 anak penyu di PKPP Cherating di sini.

Abdullah menambah, PKPP Cherating kini ditutup sementara bagi kerja menaik taraf dan akan dibuka sepenuhnya pada Januari ini.

Beliau menjangkakan kehadiran pelancong bertambah apabila kemudahan dinaik taraf dalam usaha meletakkan PKPP Cherating sebagai produk pelancongan terbaik Pahang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 8:08 PM