Zuliaty Zulkiffli


Kubang Pasu: Seramai 62 mangsa dari 15 keluarga di empat kampung Mukim Malau dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda kawasan itu, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu Leftenan (PA) Norazian Shamsudin berkata, antara kampung terbabit termasuklah di Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Kiong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak di Mukim Malau.

Beliau berkata, kesemua mereka dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Malau pada jam 8 malam tadi.

"Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan air di kawasan rendah di situ mula naik jam 7.30 malam.

"Kesemua 15 keluarga itu dipindahkan sementara sehingga air surut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 9:37 AM
PENDUDUK kampung di Mukim Malau mengharungi air untuk berpindah ke PPS di Sekolah Kebangsaan Malau. FOTO Ihsan APM
PENDUDUK kampung di Mukim Malau mengharungi air untuk berpindah ke PPS di Sekolah Kebangsaan Malau. FOTO Ihsan APM