GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Beberapa kakitangan Dewan Negara iaitu pegawai yang berkhidmat dengan Ahli Dewan Negara didapati positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan kepada Dewan Rakyat hari ini.

"Dijangka ada Ahli Dewan Negara yang kemungkinan positif kerana pegawai terbabit bekerja dengan mereka dan mempunyai kaitan keluarga. Jadi itu perkembangan yang membimbangkan kita," katanya.

Katanya, parlimen juga sudah melakukan sanitasi bagi memastikan langkah pencegahan diambil.

"Saya berada di parlimen empat lima hari sebelum persidangan ini.

"Kita mengadakan sanitasi dijalankan unit Hazmart dan Storm Bomba, satu sesi lebih daripada dua jam.

"Dewan ini disanitasi setiap pagi, bermula 7 pagi sehingga 9 pagi untuk membolehkan kita bersidang pada hari ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 1:13 PM