SEORANG lelaki rakyat Malaysia mati ditembak di Thailand malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
SEORANG lelaki rakyat Malaysia mati ditembak di Thailand malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Nor Fazlina Abdul Rahim


POLIS Kelantan mengesahkan seorang lelaki rakyat Malaysia mati ditembak di Thailand malam tadi.

Difahamkan, mangsa berusia 31 tahun menyusup keluar ke Thailand untuk menyelesaikan urusan peribadi sebelum mati ditembak suspek tidak dikenali.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafein Mamat berkata, mangsa berasal dari Kampung Kalor, Gelang Emas dekat Pasir Mas itu dipercayai ditembak suspek tidak dikenali.

Katanya, akibat tembakan itu, mangsa mati di lokasi kejadian.

Terdahulu, tular di media sosial memaklumkan lelaki berkenaan ditembak dipercayai di Tak Bai, Thailand.

Mangsa dibawa ke Hospital Tak Bai untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2020 @ 5:26 PM