WILLYANDI Lubis, warga Indonesia dicari. FOTO Ihsan polis
WILLYANDI Lubis, warga Indonesia dicari. FOTO Ihsan polis
Omar Ahmad


LELAKI Indonesia dicari oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk menjadi saksi bagi perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Ketua Polis IPD Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, Willyandi Lubis, 30, pemegang pasport bernombor B1125920 diperlukan sebagai saksi berkaitan satu kes ragut.

Menurutnya, mangsa kejadian itu adalah perempuan Thailand, Chaiya Miss Jirapan, 35, pemegang nombor pasport AA6762345," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mengetahui lokasi lelaki berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada penolong pegawai penyiasat kes, Sarjan Abdul Muaz Syukri Ismail di talian 013-8197416 atau hotline IPD Iskandar Puteri 07-5114222.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 5:16 PM