SOUTHERN Lion, pengeluar serbuk pencuci jenama TOP di Malaysia menasihatkan pengguna agar hanya membeli serbuk pencuci TOP daripada peruncit terkenal dan kedai atas talian yang dipercayai, berikutan penyitaan serbuk pencuci tiruan semasa serbuan baru-baru ini oleh bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kerjasama berterusan antara Southern Lion dan prinsipalnya di Jepun dengan bahagian penguatkuasaan KPDNHEP untuk memantau dan membendung penjualan produk-produk tiruan telah membawa kepada penyitaan 651 pek serbuk pencuci tiruan yang menyalahgunakan cap dagangan berdaftar detergen 'TOP', tanpa autoriti ataupun kebenaran Southern Lion atau prinsipalnya di Jepun.

Pihak kementerian telah mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima daripada wakil Southern Lion dan prinsipalnya di Jepun, di mana produk tiruan yang dipercayai menyalahgunakan cap dagangan 'TOP' disyaki dijual pada harga murah melalui jualan kilat di laman media sosial.

Rangkaian TOP digemari oleh pengguna di Malaysia kerana mutunya yang tinggi dan teknologi dari Jepun. Serbuk pencuci tiruan pula didapati berkualiti rendah, tidak seperti produk asli, manakala pembungkusan produk tiruan mengandungi banyak kesilapan ejaan.

Southern Lion memandang serius masalah ini kerana pemalsuan produk adalah aktiviti haram yang sengaja menipu orang ramai. Southern Lion memulakan program pendidikan untuk membantu pengguna mengenal pasti serbuk pencuci TOP yang tulen dalam usaha menghapuskan barangan tiruan.

Bagi membantu pengguna dan orang awam, Southern Lion menasihatkan bahawa serbuk pencuci TOP yang tulen dapat dikenal pasti dari segi visual dengan meneliti bahagian atas bungkusan. Serbuk pencuci TOP yang tulen dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai bentuk beralun yang jelas atau sempurna sebagaimana produk tiruan.

"Jadilah pengguna yang berpengetahuan. Belilah dengan bijak. Teliti bahagian atas pembungkusan serbuk pencuci TOP bagi mengenal pasti produk tiruan. Jika bahagian atas berkenaan berbentuk alunan yang jelas, ia adalah produk tiruan. Sentiasalah membeli daripada peruncit terkenal dan kedai atas talian yang dipercayai supaya anda yakin dengan ketulenan serbuk pencuci TOP yang dibeli."

Visual pendidikan boleh didapati di laman web Southern Lion, www.southernlion.com.my dan di laman Facebook TOP Detergent Malaysia, https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.

Pengguna yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan boleh menghubungi Southern Lion Consumer Careline di 1800-880-133.

Orang awam juga boleh melaporkan penjualan produk yang disyaki palsu kepada KPDNHEP dengan menelefon Pusat Operasi Penguatkusaan di talian 1-800-886-800 atau +603-88826088.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 10:00 AM