CARMEN (kanan) memegang produk Top pada majlis Kempen Top Hygienically Clean di ruang legar Mydin Subang Jaya, semalam.
CARMEN (kanan) memegang produk Top pada majlis Kempen Top Hygienically Clean di ruang legar Mydin Subang Jaya, semalam.

Subang Jaya: Southern Lion Sdn Bhd, syarikat pengeluar jenama pencuci Top menjangkakan mampu mencatat pertumbuhan dua digit bagi jualan melalui penganjuran kempen kesedaran terbaru yang menampilkan produk dengan teknologi terkini.

Pengurus Kanan Pemasarannya, Carmen Foo berkata, pihaknya optimis sasaran terbabit dapat dicapai berdasarkan sambutan pengguna terhadap Top dan kedudukannya sebagai jenama pencuci pertama di negara ini yang dibuktikan melalui kajian AC Nielsen.

“Kami meneruskan inovasi dan melaksanakan teknologi terkini bagi mencapai angka terbabit secara agresif, sekali gus mengukuhkan kedudukan jenama Top di negara ini sebagai peneraju pencuci kesukaan ramai,” katanya pada sidang media sempena pelancaran kempen ‘Top Hygienically Clean-Innovation for Better Living’ di sini, semalam.

Untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan, beliau berkata, syarikat sedang berada pada fasa terakhir bagi meningkatkan kapasiti bagi kilang pengeluarannya di Johor Bahru dan turut merancang menambah kapasiti pada fasa seterusnya.

“Kami menjangkakan peningkatan kapasiti kilang mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran kepada tiga kali ganda pada masa akan datang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:12 AM