MD Rayhan Kabir. FOTO Ihsan Imigresen.
MD Rayhan Kabir. FOTO Ihsan Imigresen.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


LELAKI Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan semalam direman selama 14 hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihak berkuasa akan memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap lelaki itu.

"Semalam dia ditangkap dan direman selama 14 hari bermula hari ini.

"Kita akan pastikan siasatan dilakukan sebaik mungkin dan kemudian ambil tindakan sewajarnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis bersama Rela Larut di Dewan Semai Bakti, Ijok, Selama, hari ini.

Harian Metro melaporkan Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, 5.45 petang, semalam.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Berita berkaitan:

  • 'Saya tidak buat jenayah dan tidak menipu' - Md Rayhan
  • Md Rayhan Kabir diusir, senarai hitam ke Malaysia selama-lamanya
  • Md Rayhan Kabir ditahan
  • Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari
  • 'Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang''
  • Al Jazeera pertahan 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'
  • 6 kakitangan Al Jazeera ke Bukit Aman
  • Polis terima lima laporan terhadap wartawan Al Jazeera
  • Tipu ke? [METROTV]
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen
  • Polis mula siasat laporan Al Jazeera
  • Lagi laporan polis terhadap Al Jazeera
  • Semua negara tak benar Pati bebas ketika Covid-19: KPN
  • 'Saya cabar Al Jazeera' [METROTV]
  • Rakyat mahu kerajaan tegas terhadap PATI
  • Bertegas dengan warga asing bermasalah
  • Malaysia bertindak terhadap Pati ikut undang-undang
  • Laporan Al Jazeera tidak benar
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 4:58 PM