MD Rayhan Kabir ditahan JIM di Setapak, Kuala Lumpur, semalam. FOTO Ihsan JIM
MD Rayhan Kabir ditahan JIM di Setapak, Kuala Lumpur, semalam. FOTO Ihsan JIM
Nurul Hidayah Bahaudin


LELAKI Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam, akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, 5.45 petang, semalam.

"Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terbabit atas usaha dan komitmen mereka.

"Lelaki Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Berita berkaitan:

  • Md Rayhan Kabir ditahan
  • Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari
  • 'Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang''
  • Al Jazeera pertahan 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'
  • 6 kakitangan Al Jazeera ke Bukit Aman
  • Polis terima lima laporan terhadap wartawan Al Jazeera
  • Tipu ke? [METROTV]
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen
  • Polis mula siasat laporan Al Jazeera
  • Lagi laporan polis terhadap Al Jazeera
  • Semua negara tak benar Pati bebas ketika Covid-19: KPN
  • 'Saya cabar Al Jazeera' [METROTV]
  • Rakyat mahu kerajaan tegas terhadap PATI
  • Bertegas dengan warga asing bermasalah
  • Malaysia bertindak terhadap Pati ikut undang-undang
  • Laporan Al Jazeera tidak benar
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 1:05 AM