MD Rayhan Kabir (tengah) ketika ditahan JIM.
MD Rayhan Kabir (tengah) ketika ditahan JIM.
Muhaamad Hafis Nawawi


"SAYA tidak melakukan jenayah dan tidak menipu. Saya hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap pendatang asing.

"Saya mahu maruah migran dan negara saya terjamin serta percaya semua pendatang asing dan Bangladesh akan bersama saya," itu kata lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang menghantar pesanan WhatsApp kepada wartawan media Bangladesh, The Daily Star malam tadi.

Dalam laporan media Bangladesh itu, Md Rayhan menegaskan dirinya tidak menipu ketika diwawancara stesen televisyen Al Jazeera.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki terbabit masih dalam tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan polis turut akan menyiasat berkaitan kenyataan dikeluarkan olehnya dalam wawancara itu sebelum ini.

Berita berkaitan:

  • Md Rayhan Kabir diusir, senarai hitam ke Malaysia selama-lamanya
  • Md Rayhan Kabir ditahan
  • Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari
  • 'Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang''
  • Al Jazeera pertahan 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'
  • 6 kakitangan Al Jazeera ke Bukit Aman
  • Polis terima lima laporan terhadap wartawan Al Jazeera
  • Tipu ke? [METROTV]
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen
  • Polis mula siasat laporan Al Jazeera
  • Lagi laporan polis terhadap Al Jazeera
  • Semua negara tak benar Pati bebas ketika Covid-19: KPN
  • 'Saya cabar Al Jazeera' [METROTV]
  • Rakyat mahu kerajaan tegas terhadap PATI
  • Bertegas dengan warga asing bermasalah
  • Malaysia bertindak terhadap Pati ikut undang-undang
  • Laporan Al Jazeera tidak benar
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 2:20 PM