Nor Amalina Alias

"KAMI rasa abang dah 'tiada', tapi kalau boleh kami nak jasad dia disempurnakan," kata adik mangsa bot terbalik di perairan Kemasin, Bachok yang masih hilang, Encik Wadi Bakar, 44.

Cik Normas, 35, berkata terlalu sukar untuk keluarga menaruh harapan bahawa Wadi masih hidup kerana memikirkan lautan yang luas dan kehilangannya memasuki hari kelima.

Menurutnya, abangnya adalah anak kelima daripada tujuh beradik dan sudah lima tahun bekerja dengan tekong bot itu, Hazahar Mat Sanisah, 48.

Katanya, Wadi tinggal bersamanya dan seorang lagi adik, Suhaimi, 41, serta suami Normas, Mohd Rosli Mustapha, 35, di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu.

CIK NORMAS menunjukkan gambar abangnya yang   masih belum ditemui selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
CIK NORMAS menunjukkan gambar abangnya yang masih belum ditemui selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

"Abang (Wadi) tidak pernah mengalami sebarang kemalangan sepanjang menjadi 'anak laut'.

"Hati saya memang nak dia dijumpai hidup, tapi terlalu mustahil untuk yakinkan hati kerana dia jatuh di laut.

"Saya hanya ingat hari terakhir sebelum dia turun ke laut, abang banyak bercakap dan ketawa dengan kami berbanding sikap asalnya yang pendiam," katanya ketika ditemui di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, hari ini.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, abangnya cekap berenang dan menyukai pekerjaan sebagai awak-awak.

Sehingga kini, Wadi dan Arman Ismail, 43, belum dijumpai dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan bersambung pada 6 pagi esok.

Berita berkaitan

  • Kertas siasatan tragedi bot terbalik dibuka
  • Pencarian tumpu lokasi mangsa ke-6 ditemui [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: Operasi cari dua lagi mangsa diteruskan
  • Kubur bertanda buat pemancing keenam [METROTV]
  • Bau busuk dorong selaman ketiga
  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 8:18 PM