BOT nelayan yang terbalik di perairan Kemasin. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
BOT nelayan yang terbalik di perairan Kemasin. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Nor Amalina Alias


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi pemancing yang hilang dalam kejadian bot terbalik di perairan Kemasin, Isnin lalu ditangguhkan dan akan disambung semula esok.

Malah, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) turut membuka satu kertas siasatan berhubung insiden berkenaan yang melihat pelbagai sudut.

Pengarah Maritim Kelantan Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, kertas siasatan itu menjurus kepada kemalangan yang berlaku di laut.

"Hasil siasatan nanti akan dikongsi demi kebaikan bersama semua pihak," katanya pada sidang media di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, hari ini.

Muhd Nur Syam Asmawie berkata, SAR yang memasuki hari kelima itu ditangguhkan pada 7 malam dan pihaknya bersama agensi keselamatan lain terus komited meneruskan pencarian.

Menurutnya, aset digunakan untuk pencarian tidak dikurangkan dan SAR digerakkan berperingkat.

"Memang SAR ada beberapa peringkat, iaitu digerakkan dalam tempoh empat ke lima hari, namun memandangkan dua mangsa belum dijumpai lagi, kita tertakluk pada pengurusan tertinggi yang akan menilai keadaan sebelum memutuskan untuk menamatkan operasi," katanya.

Operasi mencari Arman Ismail, 43, dan Che Wadi Bakar, 44, turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Marin, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain nelayan tempatan dan Jabatan Perikanan.

Berita berkaitan

  • Pencarian tumpu lokasi mangsa ke-6 ditemui [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: Operasi cari dua lagi mangsa diteruskan
  • Kubur bertanda buat pemancing keenam [METROTV]
  • Bau busuk dorong selaman ketiga
  • Operasi SAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 7:37 PM