Syarifah Dayana Syed Bakri; Hayati Ibrahim; Raja Noraina Raja Rahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri


SERAMAI 300,000 orang kurang upaya dan ibu tunggal yang tersenarai dalam Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak menerima bayaran 'one off; sebanyak RM300.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bayaran itu akan diberikan sebelum Aidiladha.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan memberikan Internet 1GB secara percuma kepada semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember.

"Kerajaan juga akan menubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional.

"Ia akan dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia," katanya pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):

  • Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember
  • RM50 masuk e-dompet
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang
  • RM300 untuk OKU, ibu tunggal
  • Individu hilang pekerjaan boleh tuntut elaun latihan
  • Waktu operasi UTC dilanjutkan
  • Majikan ambil pekerja dapat insentif
  • Pengangkutan awam tanpa had dengan MY30
  • Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi
  • Inisiatif beli barangan Malaysia
  • RM75 juta bantu ekonomi gig
  • Empat langkah aktifkan industri pelancongan
  • Geran untuk pengendali taska
  • 80 peratus kes Covid-19 pulih sepenuhnya
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 3:53 PM