KERAJAAN bersetuju melanjutkan dan menyeragam waktu operasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) berkuat kuasa 1 Julai ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi memudahkan rakyat melakukan urusan di luar waktu pejabat.
"Saya mengambil maklum rata-rata rakyat berharap agensi kerajaan dapat beroperasi di luar waktu pejabat, jadi kerajaan bersetuju melanjutkannya untuk memudahkan urusan," katanya pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung dari Putrajaya di beberapa saluran televisyen hari ini.
Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):