Syarifah Dayana Syed Bakri; Hayati Ibrahim; Raja Noraina Raja Rahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri


KERAJAAN memperkenalkan program Insentif Pengambilan Pekerja bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program berkenaan membabitkan peruntukan RM1.5 bilion yang akan memberi manfaat kepada 300,000 penganggur dan belia.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):

  • Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember
  • RM50 masuk e-dompet
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang
  • RM300 untuk OKU, ibu tunggal
  • Individu hilang pekerjaan boleh tuntut elaun latihan
  • Waktu operasi UTC dilanjutkan
  • Majikan ambil pekerja dapat insentif
  • Pengangkutan awam tanpa had dengan MY30
  • Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi
  • Inisiatif beli barangan Malaysia
  • RM75 juta bantu ekonomi gig
  • Empat langkah aktifkan industri pelancongan
  • Geran untuk pengendali taska
  • 80 peratus kes Covid-19 pulih sepenuhnya
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal
  • Beliau berkata, syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberikan pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.

    "Dua insentif diperkenalkan melalui program ini iaitu pertama menggaji penganggur di bawah umur 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja.

    "Kedua insentif menggaji penganggur berumur 40 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU) berjumlah RM1,000 sebulan," katanya pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.

    Beliau berkata, insentif itu akan diberikan selama enam bulan.

    Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 4:16 PM