DATUK Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
DATUK Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
BERNAMA

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas ucapan sempena ulang tahun kelahiran beliau.

Beliau menyifatkan ulang tahun kelahirannya yang ke-57 kelmarin dengan iringan doa ramai rakyat Malaysia adalah ulang tahun yang akan sentiasa tersemat dalam memorinya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan hari lahir dan doa yang sungguh bermakna.

“Ia sesungguhnya sambutan ulang tahun kelahiran yang terindah sepanjang hayat saya.

“Terima kasih semua rakyat Malaysia dan marilah kita semua terus memerangi dan menamatkan rantaian jangkitan Covid-19. Kekal selamat dan duduk rumah,” ciap beliau malam tadi.

Ribuan netizen mengambil peluang menghantar ucapan hari lahir kepada Dr Noor Hisham yang menyambut ulang tahunnya pada 21 April.

Laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram dibanjiri ucapan tahniah dan doa untuk Ketua Pengarah Kesihatan itu, tokoh penting di barisan hadapan dalam perjuangan negara memerangi pandemik Covid-19.

Tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham turut tular di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 11:24 AM