ANTARA PPE yang sudah disiapkan. FOTO Mohd Khidir Zakaria
ANTARA PPE yang sudah disiapkan. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


MEMANFAATKAN masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Port Dickson menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan Hospital Port Dickson (HPD).

Menurut Guru Besar PASTI Bandar Springhill, Siti Salina Samaun, pihaknya sudah menyiapkan lebih 1,200 pelindung kepala dan 2,500 pelindung kasut.

“Kami ada ramai guru PASTI dan juga muslimat PAS yang menjadi sukarelawan menjahit bagi menyiapkan PPE untuk disumbangkan bagi kegunaan petugas barisan hadapan di HPD.

“Kami sedang tunggu material untuk dijahit sebagai gaun bagi petugas barisan hadapan. Ini kerana mereka perlu sentiasa memakai PPE sepanjang penugasan bagi mengawal penularan Covid-19, ” katanya ketika ditemui di Port Dickson, hari ini.

Katanya, HPD hanya membekalkan kain untuk dijahit, tetapi getah dan benang perlu dibeli sendiri kerana hospital kehabisan bekalan itu.

“Bagi kami guru PASTI dan muslimat PAS, ini antara sumbangan kecil ketika ditimpa musibah seperti ini.

“Untuk bahan getah dan benang sahaja, pihak PASTI Kawasan Port Dickson sudah membelanjakan sebanyak RM400.

“Bagi kami pengorbanan mereka (barisan hadapan) lebih besar ertinya kerana bertugas walaupun dengan risiko yang dihadapi,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 9:48 AM