FOTO Arkib NSTP
FOTO Arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tempoh kepad orang ramai untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) selama dua bulan.

Dalam kenyataan medianya, LHDN memberikan tempoh hingga Jun ini untuk pembayar cukai mengemukakan BNCP ekoran kesulitan akibat Covid-19.

“LHDN juga bersetuju memberikan kelonggaran kepada urusan lain meliputi bayaran cukai, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Duti Setem, permohonan nombor PIN e-Filing.

“LHDN dan Kementerian Kewangan (MOF) prihatin dengan kesulitan dihadapi oleh semua pembayar cukai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan mulai semalam hingga 31 Mac ini,” katanya, hari ini.

Selain itu, LHDN juga memaklumkan soalan lazim (FAQ) berkaitan perkara ini boleh diakses dan dimuat turun menerusi portal rasmidi www.hasil.gov.my dan muat turun di bahagian Pengumuman.

Katanya, orang ramai juga boleh membuat capaian pantas di pautan http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_1.pdf.

“Diharapkan kemudahan yang diberikan ini dapat membantu pembayar cukai mengatur semula urusan percukaian dan seterusnya meringankan kesulitan yang dihadapi.

“Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 bagi mereka di luar negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2020 @ 10:58 AM