FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

POLIS memburu dua lelaki yang memakai uniform anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang disyaki terbabit dalam rompakan sebuah kedai emas di Pokok Asam, Taiping, hari ini.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, suspek menaiki sebuah motosikal sebelum masuk ke dalam kedai dan memecahkan cermin pameran dengan menggunakan kapak sebelum melarikan sejumlah barang kemas.

Ketika kejadian, tiada pelanggan di dalam kedai emas terbabit manakala pemiliknya berada di bilik belakang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Razlam Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bukan anggota Rela dan barang kemas yang dilarikan hanya daripada perak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2020 @ 9:45 PM