KEDAI emas di Kepong disamun hari ini. FOTO Ihsan PDRM.
KEDAI emas di Kepong disamun hari ini. FOTO Ihsan PDRM.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sebuah kedai emas di Taman Usahawan, Kepong di sini, disamun empat lelaki dipercayai bersenjatakan kapak dan tukul, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu suspek dikatakan meluru memasuki premis dan melarikan sejumlah barang kemas.

"Mereka membawa senjata dipercayai kapak dan tukul, kemudian melarikan diri dengan dua motosikal.

"Tiada siapa dicederakan dan pemilik kedai iaitu seorang wanita tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti jumlah kerugian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Ogos 2021 @ 10:36 PM