EDDIN Syazlee Shith. FOTO Arkib NSTP
EDDIN Syazlee Shith. FOTO Arkib NSTP
Mohd Husni Mohd Noor


“ALHAMDULILLAH... saya selamat sampai ke dewan yang mulia ini,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Eddin Syazlee hadir ke Dewan Rakyat bagi sesi jawab lisan dikemukakan Hasbi Habibollah (GPS-Limbang) mengenai langkah kementerian bagi menambah baik sistem liputan rangkaian telefon di Limbang.

“Pagi ini, saya juga mengalu-alukan kariah dari Masjid Sungai Jelutong, Kuala Pilah... iaitu parlimen saya.

“Saya percaya mereka hadir untuk memberi sokongan moral selepas saya ‘tumbang’ beberapa hari lalu,” katanya.

Pada 11 November lalu, Eddin dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas terduduk secara mengejut dipercayai terlalu penat ketika mendengar perbahasan di Dewan Rakyat.

Eddin duduk secara tiba-tiba ketika Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah sedang menjawab soalan tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 12:04 PM