Anak kucing yang terperangkap dalam paip diselamatkan bomba. FOTO Ihsan JBPM
Anak kucing yang terperangkap dalam paip diselamatkan bomba. FOTO Ihsan JBPM
Amirul Aiman Hamsuddin


ANGGOTA bomba mengambil masa 30 minit mengeluarkan anak kucing yang terperangkap dalam paip di sebuah rumah di Parit Lapan, Kampung Sungai Leman, Sekinchan semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Anuar Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.05 petang.

Menurutnya, tiga anggota dan pegawai diketuai Komander Operasi, Muhamad Fathin Aqil Halim dikejarkan ke lokasi.

“Tiba di lokasi, anggota mendapati anak kucing berkenaan terperangkap dalam paip sedalam kira-kira dua meter.

“Anggota memecahkan paip sebelum berjaya menemui haiwan itu yang berada dalam keadaan lemah,” katanya hari ini.

Beliau berkata, anak kucing itu berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pemiliknya yang tinggal di kawasan itu.

Katanya, operasi tamat pada 2.24 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Ogos 2019 @ 3:21 PM