Ahmad Lai meninggal dunia di IJN Kuala Lumpur hari ini. FOTO Arkib NSTP
Ahmad Lai meninggal dunia di IJN Kuala Lumpur hari ini. FOTO Arkib NSTP
Mohd Roji Kawi


BEKAS Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai Bujang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur hari ini.

Allahyarham Ahmad Lai, 70, menghembuskan nafas terakhir pada 5.30 pagi.

Anaknya, Nazri Ahmad Lai berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke Miri hari ini dan akan diuruskan di Masjid Kampung Luak, petang ini.

Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) selepas menewaskan calon PKR, Dr Micheal Teo Yu Keng.

Beliau mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 dengan menewaskan Muhammad Zaid Tandang dari PAS.

Pada PRU-14 tahun lalu, beliau membuat keputusan berundur dari arena politik berikutan keadaan kesihatannya yang terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 8:06 AM