JASNI bersama isterinya pertama kali ke Makkah. FOTO YUSRI ABDUL MALEK
JASNI bersama isterinya pertama kali ke Makkah. FOTO YUSRI ABDUL MALEK
Yusri Abdul Malek


“INI kali pertama saya naik kapal terbang untuk ke Makkah. Semua kali pertama,” ujar Jasni Ahmad, 41.

Beliau yang berasal dari Alor Setar, Kedah tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja kerana terpilih menjadi tetamu Allah SWT tahun ini.

Katanya, dia dan isteri mendaftar untuk ke Tanah Suci pada 2008.

“Alhamdulillah tahun ini, kami terpilih.

“Gembira memanglah tapi saya tak pernah naik kapal terbang dan ini adalah yang pertama.

“Harap semua akan selamat,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, sepanjang mengerjakan haji, semua empat anak berusia tiga hingga 15 tahun akan dijaga mentua.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada majikan Pusat Zakat Kedah yang sanggup memberi cuti sehingga saya dan isteri selesaikan ibadat haji,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Samsul Rizal Abdullah, 43, berkata dia terpaksa meninggalkan isteri di kampung kerana anak bongsunya masih menyusu badan.

“Anak paling terkesan dengan ketiadaan bapa mereka.

“Saya selalu membaca komik kepadanya sebelum tidur,” katanya.

Dia yang mengerjakan haji seorang diri berharap kesihatannya bertambah baik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Julai 2019 @ 8:36 AM