HUJAN lebat serta ribut menyebabkan sebuah rumah di hempap pokok kelapa, di Kampung Lela, Kuala Pegang, Baling. FOTO Ihsan Pembaca
HUJAN lebat serta ribut menyebabkan sebuah rumah di hempap pokok kelapa, di Kampung Lela, Kuala Pegang, Baling. FOTO Ihsan Pembaca
Safuri Kamarudin


RUMAH di tiga kampung dalam Mukim Pulai dan Kupang, di Baling rosak selepas dilanda ribut, semalam.

Antara kampung yang terjejas dalam kejadian 5.30 petang itu adalah Kampung Lela di Kuala Pegang, Kampung Tanjung Luas dan dan Kamung Telok Pendiat.

Menurut Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, dalam kejadian itu sebuah rumah di Kampung Lela, Kuala Pegang rosak teruk selepas ditimpa pohon kelapa yang tumbang dalam kejadian ribut itu.

“Ribut bermula apabila hujan disertai angin kencang berlaku kira-kira 30 minit di sekitar kawasan berkenaan.

“Ribut itu juga menyebabkan banyak pokok yang tumbang menimpa rumah penduduk,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Katanya, dalam kejadian di Kampung Lela itu empat sekeluarga yang sedang berehat nyaris maut selepas sebatang pohon kelapa menimpa rumah mereka.

“Mujurlah tidak ada kejadian buruk berlaku ketika keluarga berkenaan sedang berehat serta memasak juadah untuk berbuka puasa.

“Pokok kelapa menghempap ruang dapur menyebabkan ia mengalami kerosakan teruk termasuk perkakas dalam rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, anggota APM dikerahkan untuk membantu memotong pokok kelapa yang tumbang di rumah itu dan kerja memotong pokok itu selesai selepas waktu berbuka puasa semalam.

“Kebanyakan pokok kelapa di kampung itu agak berusia yang mana akarnya sudah reput dan mudah tumbang apabila angin kencang.

“Saya sarankan penduduk supaya menebang pokok kelapa yang berada berhampiran dengan rumah mereka bagi mengelakkan kejadian buruk yang sama berlaku lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 10:02 AM