TERTUDUH wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong dikawal anggota polis ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam. FOTO Saddam Yusoff
TERTUDUH wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong dikawal anggota polis ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam. FOTO Saddam Yusoff
Sarah Zulkifli


WANITA warga Vietnam, Doan Thi Huong yang sebelum ini didakwa membunuh pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif, menyebabkan kecederaan mangsa dengan menggunakan bahan berbahaya.

Doan, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan alternatif terhadapnya dalam prosiding hari pertama bela diri di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.

Wanita yang memakai skaf itu tenang di dalam kandang tertuduh mengangguk kepala dan mengaku bersalah dalam bahasa Vietnam.

Bagaimanapun, jatuh hukum terhadap Doan ditangguhkan dan prosiding akan berjalan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Terdahulu, pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhammad Iskandar Ahmad memberitahu pendakwaan meminda pertuduhan wanita itu kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama empat lagi yang masih bebas didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol dengan menggunakan bahan yang merbahaya kepada tubuh badan apabila dimasukkan ke dalam saluran darah iaitu cecair racun VX.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) 9 pagi, 13 Februari 2017.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 11:02 AM