LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Garret Dawum


TIDAK sampai 24 jam lapan rakyat Malaysia yang terkandas di Monrovia, Liberia tiba di tanah air, dua individu ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira 10 pagi di Sibu, hari ini.

“Suspek sudah ditahan pagi ini dan siasatan lanjut akan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, lapan rakyat Malaysia yang kesemuanya berasal dari Sarawak tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas terkandas di Monrovia, Liberia sejak 4 Februari lalu akibat tertipu dengan sindiket pekerjaan.

Ketibaan mereka yang berusia 39 hingga 66 tahun itu disambut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Mereka kemudian menaiki penerbangan pulang ke Sarawak.

Berita berkaitan

Makan daun ubi kering alas perut

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 11:35 AM