MANGSA yang maut terbabas memasuki Sungai Landak, Ampangan. -Foto IHSAN BOMBA
MANGSA yang maut terbabas memasuki Sungai Landak, Ampangan. -Foto IHSAN BOMBA
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


WARGA emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan memasuki Sungai Landak, Ampangan, Seremban, malam tadi.

Ghazali Jaalam, 91, dikatakan dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sungai Landak, di sini, sebelum terbabit dalam nahas jam 9.16 malam itu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Seremban, S Maya berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Sakura dengan memandu Proton Saga bersendirian.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam sungai.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.

Maya berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.17 malam dan menggerakkan sembilan anggota ke lokasi.

“Anggota bomba dapat mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dengan ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 11:07 AM