GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Junita Mat Rasid


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai pegawai peribadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Suspek berusia 39 tahun ditahan di Pejabat SPRM Batu Pahat, jam 10.30 malam semalam, bagi membantu siasatan.

Siasatan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, ika sabit kesalahan

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu.

Difahamkan, suspek dikatakan bersubahat dengan membenarkan akaun bank miliknya digunakan dalam permintaan dan transaksi wang rasuah berjumlah RM40,000 oleh seorang lelaki yang dikatakan pegawai peribadi kepada Datuk Dzulkifli Ahmad yang semasa kejadian itu adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Permintaan dan transaksi dikatakan adalah bagi menutup kes pengadu yang memberikan wang rasuah sebanyak RM40,000 kepada seorang pegawai polis untuk kes SMS lucah dan kes penipuan, ‘money scam’.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 4:23 PM