GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Harun Yahya


PEGAWAI kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik premis nombor ekor tidak berlesen, semalam.

Penahanan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di restoran di Jalan Wong King Huo, Sibu pada 9.15 malam hasil maklumat risikan.

Sumber memberitahu NSTP, berdasarkan maklumat diperoleh, suspek berusia 42 tahun dan memegang jawatan Ketua Polis Daerah di negeri ini disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM15,000.

“Ia sebagai dorongan agar tindakan tidak dikenakan ke atas sebuah premis nombor ekor tidak berlesen di daerah tempat suspek berkenaan bertugas.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, Mahkamah Majistret Sibu membenarkan suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Oktober 2018 @ 8:46 PM