GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kota Bharu: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) direman lima hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan membabitkan satu kes rasuah.

Difahamkan, perintah reman terbaharu itu adalah susulan daripada penahanan reman seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP), semalam.

Kedua-dua suspek berusia 48 tahun.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Abdul Shukor di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Rosli Husain mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Semalam, pegawai kanan polis berpangkat ASP direman selama empat hari bagi siasatan lanjut selepas disyaki terbabit dalam meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 5:20 PM